CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 31, 2009

Laman Pengubat Jiwa















AKU YANG BERDOSA.....


Siapalah aku tanpa pertolongan Engkau Tuhanku. Aku langsung tak layak bergelar sebagai hamba kerana saban hari lagakku dan sikapku dengan Mu tak melayakkan aku bergelar hambaMu. Aku masih membesarkan dan mengutamakan yang lain selain Mu. Aku sedar semua itu salah tapi aku lemah. PertolonganMu amat ku harapkan Tuhanku. Bantulah aku selalu dan jangan tinggalkan aku dalam kelalaian. Aku sedar tapi aku lemah. Mazmumah ku terlalu tebal sedangkan mahmudahku hampir tiada aku rasa. Ampunkanlah aku wahai Tuhan.
Bantulah aku didalam aku membaiki diri ini. Pimpinlah aku untuk mendekatkan diri kepadaMu.
*****

Wahai Tuhan..
Bantulah kami didalam kami membaiki diri untuk mendekatkan diri kepadaMu. Kami hambamu amat lemah segala-galanya. Tanpa bantuanMu binasalah kami. Oleh itu sentiasalah didik kami menjadi insan yang bertaqwa. Kami sebenarnya ingin menjadikanMu cinta agung kami. Bantulah kami wahai Tuhan..bantulah kami lagi.
*****
اطلبوا العلم من المهد إلى اللحد = ”Uthlubul ilma min al-mahdi ilâ al-lahdi”Tuntutlah ilmu mulai dari buaian sampai ke liang kubur.

Friday, January 30, 2009

Laman ilmu pendidikan

BEBERAPA BIDANG PENYELIDIKAN DI SEKOLAH RENDAH TUMPUAN KEPADA PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU

Adakah benar pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Malaysia terlalu berpusatkan guru? Iaitu, guru yang bercakap sepanjang sesuatu pelajaran. Dalam masa 35 minit, guru mungkin bercakap selama 25 minit menerangkan sesuatu dan baki 10 minit murid membuat latihan. Adakah ini benar bagi semua mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah rendah?
Ramai guru telah didedahkan kepada pelabagi kaedah mengajar yang berpusatkan murid, tetapi masih menggunakan kaedah mengajar yang berpusatkan guru. Kaedah mengajar berpusatkan murid, meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk:
  • menggalakan murid menjadi aktif dan tidak pasif
  • meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
  • menambahkan keyakinan diri
  • memberi murid peluang membuat penyampain dan bercakap
  • menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat
  • menggalakkan murid membina ilmu
  • mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid

Beberapa Kaedah dan Teknik Mengajar

  • Sejauh manakah semua kaedah dan teknik mengajar ini diamalkan di sekolah anda?
  • Sejauh manakah anda telah menggunakan semua kaedah dan teknik ini di dalam pengajaran mata pelajaran anda?



KINI ANDA BERPELUANG MENENTUKAN KEBERKESANAN KAEDAH DAN TEKNIK INI DI DALAM PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN MAJOR ANDA DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH.


MENGENAL PASTI MASALAH YANG HENDAK DI KAJI DI SEKOLAH RENDAH: Satu Cadangan


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH PILIH SATU TOPIK REKA CIPTA KAEDAH MENGAJAR YANG BERPUSATKAN MURID RANCANG DENGAN TERPERINCI BAGAIMANA TOPIK BERKENAAN AKAN DIAJAR DENGAN KAEDAH YANG DI REKA CIPTA BINA UJIAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN TOPIK BERKENAAN YANG AKAN DI AJAR DENGAN KAEDAH YANG DI REKA CIPTA MEMUTUSKAN SAMA ADA KAEDAH MENGAJAR YANG DI REKA CIPTA BERKESAN


Berikut ini ialah salah satu cara mengenal pasti masalah yang hendak dikaji di kalangan murid sekolah rendah dalam apa jua mata pelajaran pun.

1) Kaji dengan teliti Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran pilihan anda. Huraian berkenaan akan meliputi Tahun 1 hingga 6 atau peringkat Prasekolah

  • Perhatikan fakta, konsep, prinsip dan kemahiran yang patut diajar
  • Perhatikan hasil pembelajaran yang cadangkan
  • Perhatikan kaedah atau teknik mengajar yang dicadangakan. Memutuskan sama ada anda akan menggunakan kaedah atau teknik yang dicadangkan

2) Pilih satu topik atau unit yang menjadi minat anda. Dicadangkan anda bertumpu kepada satu tahun sahaja atau prasekolah sahaja. Contohnya, pendidikan moral Tahun 3, Bahasa Tamil Tahun 4, pendidikan seni visual Tahun 2, Bahasa Melayu prasekolah dan seterusnya.

3) Reka cipta kaedah atau teknik mengajar untuk topik atau unit yang anda telah pilih daripada Huraian Sukatan Pelajaran.

  • Pastikan kaedah atau teknik berkenaan berpusatkan murid
  • Kaedah atau teknik berkenaan bertujuan menghasilkan pembelajaran tertentu (Rujuk).
  • Kaedah atau teknik boleh terdiri daripada beberapa ciri kaedah atau teknik lain. Contohnya; penerangan dan perbincangan dalam kumpulan kecil dengan alat bantuan mengajar.

4) Rancang dengan terperinci bagaimana isi kandungan topik yang dipilih akan diajar dengan kaedah atau teknik yang dicipta.

  • Tulis rancangan pelajaran yang menerangkan rawatan yang akan dikendalikan
  • Tindak tanduk guru dan murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran
  • Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan

5) Bina ujian untuk mengukur hasil pembelajaran yang diingini dengan kaedah atau teknik yang di reka cipta. Contohnya; ujian mengukur pencapaian dalam topik "Klasifikasi Tumbuhan" dan pemikiran aras tinggi.

6) Reka bentuk kaedah penyelidikan untuk menentukan sama ada kaedah atau teknik mengajar berkesan. Contohnya; Kaedah Eksperiman adalah yang paling sesuai.

BEBERAPA BIDANG PENYELIDIKAN DI SEKOLAH RENDAH
BIDANG BAHASA (Melayu, Cina, Tamil, Arab)

Berikut ini ialah beberapa cadangan untuk penyelidikan dalam bidang Bahasa:

  • menggunakan perbincangan kumpulan kecil dan kesannya terhadap membuat karangan
  • penggunaan alat bantuan mengajar untuk memperkukuhkan kosa kata
    - 'flash cards" = perkataan, gambar, rajah
    - pita audio, pita video
  • perbandingan teknik mengajar kanak-kanak prasekolah dan Tahun 1 menguasai bahasa seperti teknik fonik, teknik perkataan
  • penggunaan surat khabar dalam pengajaran kefahaman bacaan


BIDANG PENDIDIKAN JASMANI
Berikut ini ialah beberapa cadangan untuk penyelidikan dalam bidang Pendidikan Jasmani:

  • mengukur daya tahanan murid sekolah rendah menggunakan Ujian Daya Tahanan, Kementerian Pelajaran Malaysia
  • penyelidik mencipta sendiri sesuatu teknik melatih murid bermain bola, bermain badminton, bermain sepak takraw, bermain bola jaring dan sebagainya. Teknik yang dicipta oleh penyelidik diuji tentang keberkesanannya.


BIDANG PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PENDIDIKAN SAINS

Berikut ini ialah beberapa cadangan untuk penyelidikan dalam bidang Pendidikan Kesihatan:

  • mengukur pengetahuan murid tentang kesihatan mereka
  • menggunakan sesuatu kaedah mengajar (seperti perbincangan kumpulan kecil, sumbangsaran) dan menguji keberkesanannya dalam meningkatkan pengetahuan tentang pendidikan kesihatan
  • membanding keberkesanan kaedah inkuri-penemuan dalam pengajaran mata pelajaran sains

    BEBERAPA BIDANG PENYELIDIKAN DI SEKOLAH RENDAH
    BIDANG PENDIDIKAN ISLAM, KAJIAN SOSIAL & PENDIDIKAN MORAL

    Berikut ini ialah beberapa cadangan untuk penyelidikan dalam bidang Bahasa:
  • keberkesanan penggunaan surat khabar dalam pengajara kajian sosial dan pendidikan moral
  • keberkesanan penggunaan pelbagai kaedah mengajar dalam mengajar pendidikan Islam, pendididikan moral dan kajian sosial.
  • keberkesanan sesuatu jenis alat bantuan mengajar
  • penyoalan dalam bilik darjah
  • kesan peneguhan dalam mempertingkatkan pembelajaran

    BIDANG PENDIDIKAN MUZIK
    Berikut ini ialah beberapa cadangan untuk penyelidikan dalam bidang Pendidikan Muzik:
  • mengukur kebolehan muzik murid sekolah rendah dan membuat perbandingan menurut jantina, umur dan sebagainya. Adakah mereka mencapai tahap yang dikehendaki?
  • keberkesanan sesuatu kaedah mengajar muzik (contoh: Kodaly)
  • keberkesanan kaedah mengajar muzik yang direka cipta oleh penyelidik (mengajar perkusi, rekoder)


BIDANG PENDIDIKAN KHAS
Berikut ini ialah beberapa cadangan untuk penyelidikan dalam bidang Pendidikan Khas:
membanding keberkesanan beberapa teknik mengajar Braille kepada murid bermasalah penglihatan

  • reka cipta sesuatu teknik mengajar murid bermasalah pembelajaran membaca atau bermasalah pendengaran berkomunikasi
  • temu bual beberapa murid bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran tentang masalah yang dihadapai dan bagaimana mereka mengatasai masalah yang dihadapi

Laman Pendidikan Islam

Layarilah laman web nie untuk mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana untuk bertayammum dan solat untuk orang sakit. Jadi mari kita berkongsi maklumat dan menambahkan ilmu di siini.....

http://www.islam.gov.my/portal/tayammum.php

Monday, January 19, 2009

Laman Pendidikan Khas-Masalah Pembelajaran



Subjek:PERKEMBANGAN DAN CIRI MURID MASALAH PEMBELAJARAN SPINA BIFIDA Nak tau apa itu Spina Bifida??? Spina Bifida adalah Penyakit Tulang Belakang yang terpisah.. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ini..Jom!!!

SPINA BIFIDA

Apakah yang dimaksudkan dengan Spina Bifida ?
Jenis-jenis Spina Bifida
Berapa kerapkah keadaan ini terjadi ?
Sebab-sebab terjadi
Tanda-tanda
Gejala-gejala
Komplikasi
Rawatan
Pencegahan
Pemulihan



Apakah yang dimaksudkan dengan Spina Bifida ?

Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terpisah), adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan.

Ianya berlaku di bahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku dibahagian atas. Kadang-kadang sebahagian dari otak juga turut terdedah.

Jenis-jenis Spina Bifida

  1. Spina Bifida Occulta
    Saraf tunjang adalah normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertaup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal.
  2. Meningocoele
    Sebahagian dari meninges lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna.
  3. Meningomyelocoele
    Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah.

Keterukkan keadaan spina bifida adalah berbeza. Dalam keadaan yang ringan (milder form), bayi tidak menunjukkan apa-apa tanda.

Sekiranya kecacatan teruk yang mana melibatkan saraf tunjang , kemungkinan bayi tidak selamat. Selalunya bayi ini akan mengalami kelumpuhan, hydrocephalus (kepala besar di sebabkan pengumpulan cecair dalam otak) dan lain-lain kecacatan sejak lahir/kongenital.

Kebanyakkan kes mengalami keterukkan sederhana yang mana juga memerlukan berbagai rawatan dan rehabilitasi.

Berapa kerapkah kejadian ini terjadi ?

Berlaku lebih kurang 1 dalam 1000 kelahiran hidup.

Sebab-sebab terjadi

  • Sebab sebenar masih tidak diketahui
  • Ia adalah disebabkan oleh kombinasi antara faktor genetik dan persekitaran.
  • Salah satu faktor yang menyumbang pada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.

Tanda-tanda

  • Kemungkinan kelihatan benjolan di bahagian belakang. Ia adalah penonjolan saraf tunjang atau meninges melalui ruang pembukaan di tulang belakang.
  • Saiz kepala yang besar atau ukuran lilitan kepala membesar akan terjadi pada sebahagian kes meningomyelocele.
  • Bagi kes spina bifida occulta, perubahan warna kulit, lekok ,ketulan tisu lemak yang lembut atau jumbai rerambut akan dapat dilihat di bahagian belakang.

Gejala

Sebahagian dari gejala dikesan peringkat awal dan yang lainya di kemudian hari.

  • Sakit dibahagian bawah belakang
  • Sistem usus dan pundi kencing yang tidak berfungsi.
  • Bahagian anggota kaki adalah lemah atau lumpuh.
  • Hilang deria rasa dibahagian yang terlibat.
  • Pembelajaran yang lemah.


Kadang-kadang tidak ada gejala yang ditunjukkan. Kecacatan itu hanya dikesan semasa pengimejan (x-ray) dilakukan untuk masalah kesihatan yang lain.

Masalah ini boleh dikesan semasa mengandung melalui ultrasonography,MRI dan pengukuran alpha foeto protein (AFP)

Komplikasi

  1. Komplikasi spina bifida selalunya disebabkan oleh kerosakan pada saraf tunjang atau hujung saraf yang terkeluar dari saraf tunjang.
    Ini akan mengakibatkan:-
    • Sakit belakang
    • Tidak boleh mengawal buang air kecil dan retensi urin.
    • Tidak boleh mengawal buang air besar dan sembelit
    • Lemah atau kelumpuhan pada bahagian kaki.
    • Hilang deria rasa di bahagian yang terlibat - yang mana menyebabkan kecederaan, kudis tekanan atau kelecuran di kulit.

  2. Spina bifida selalunya berkaitan dengan hydrocephalus dalam 70 % kes. Otak dan saraf tunjang di alirkan dan di bekalkan dengan nutrisi oleh cecair serebrospinal. Dalam spina bifida , pengaliran cecair serebrospinal tersekat menyebabkan pengumpulan cecair ini di dalam otak.

    Keadaan ini berbahaya kerana cecair yang terkumpul akan meningkatkan tekanan dan akan menyebabkan kerosakan pada otak.


  3. Jangkitan
    • Meningitis - Jangkitan pada selaput yang menyaluti tisu saraf.
    • Jangkitan di salur air kencing melibatkan pundi kencing dan atas buah pinggang - Retensi air kencing akan menyebabkan pengalirannya berbalik ke buah pinggang semula.

  4. Masalah tulang seperti scoliosis (bongkok), telepis (club foot ) atau terkehel tulang pinggul.

Rawatan

Rawatan untuk spina bifida ialah pembedahan dan rawatan sokongan yang berterusan. Tiada rawatan khusus untuk spina bifida.

  • Sekiranya seorang bayi dilahirkan dengan kecacatan yang terbuka , pembedahan dilakukan secepat mungkin.
    • Saraf tunjang dan meninges yang terkeluar akan dimasukkan ke tempatnya dengan berhati-hati.
    • Tujuan melakukan pembedahan ialah untuk mengurangkan risiko jangkitan dan mengekalkan fungsi saraf tunjang.
    • Pembedahan semula mungkin diperlukan apabila kanak-kanak membesar. Ini adalah disebabkan saraf tunjang dan tulang belakang membesar pada kadar yang berbeza dan boleh menyebabkan dan boleh menyebabkan tisu saraf terperangkap.
  • Sekiranya mengalami hidrosefalus, shunt mungkin diperlukan untuk mengalirkan cecair yang berlebihan dari otak ke abdomen. Shunt perlu di pantau untuk jangkitan dan penyekatan aliran cecair serebrosinal serta memberi rawatan yang berpatutan.
  • Penilaian yang kerap perlu dilakukan ke atas kanak-kanak oleh pasukan kesihatan seperti Pakar Perubatan, fisioterapi dan terapi carakerja.
  • Jangkitan perlu dirawat dengan sempurna.

Pencegahan

  1. Pemberian tambahan folik asid.
    Dos folik asid yang disyorkan adalah 0.4 mg sehari dan perlu diambil sebulan sebelum mengandung dan seterusnya pada 3 bulan pertama mengandung untuk memberi kesan yang baik. Disebabkan kebanyakan kehamilan tidak dirancang, semua wanita dalam usia reproduktif dinasihatkan untuk mengambil penambahan folik asid.

    Sekiranya seseorang itu dalam kumpulan berisiko ( anak terdahulu, atau saudara rapat mengalami spina bifida atau yang mengambil ubat sawan), ia perlu mengambil dos yang tinggi lebih kurang 4 mg sehari.
  2. Kaunseling genetik
  3. Risiko (tanpa tambahan folik asid)

    • Selepas mempunyai seorang anak yang menghidapi spina bifida, kehamilan seterusnya boleh mendapat masalah yang sama adalah 3 ke 4 %.
    • Selepas mengalami 2 orang anak spina bifida,10 % kehamilan seterusnya boleh mendapat masalah yang sama.
    • Risiko akan bertambah tinggi sekiranya keluarga juga mempunyai sejarah spina bifida.

Sila dapatkan rundingcara dari doktor untuk kehamilan yang akan datang.

Pemulihan

Pemeriksaan yang berkala oleh pasukan kesihatan yang professional diperlukan ( Pakar Peditrik, Pakar Surgeri Orthopedik, Pakar saraf, fisioterapi, terapi carakerja dan kaunselor) di dalam proses pemulihan. Ini adalah untuk mengendalikan dan merawat sebarang masalah diperingkat awal. Dengan ini kanak-kanak terlibat dapat hidupselesa seperti anak-anak yang lain.



Pemulihan melibatkan:-

  • Pergerakan.
    Perkhidmatan fisioterapi dan terapi carakerja perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memaksimakan fungsi dan pergerakan menggunakan ke taraf maksima fungsi dan pergerakkan. Kanak-kanak ini memerlukan bantuan fisikal seperti alat penyokong (braces) dan kerusi roda, mengikut tahap kelemahan dikaki.
  • Penjagaan kulit dan deria rasa
    Penjagaan yang sempurna untuk mengelakkan kudis tekanan atau ulser di bahagian yang kehilangan deria rasa.
  • Penjagaan pundi kencing.
    Latihan mengawal pundi kencing dan melakukan pengketeran kendiri secara berkala. Pembedahan pundi kencing mungkin diperlukan.
  • Penjagaan bowel
    Latihan kawalan buang air besar, penggunaan enema dan pemakanan yang sihat.
  • Pendidikan.
    Kanak-kanak ini selalunya mempunyai kecerdasan yang normal, mereka mungkin mengalami masalah. Kanak-kanak yang menghidapi hidrosefalus mempunyai masalah pembelajaran yang lebih ketara.
  • Sokongan ibubapa adalah faktor penting dalam proses pemulihan kanak-kanak tersebut.


Kanak-kanak ini perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan untuk memperolehi penjagaan kesihatan yang sempurna, kebajikan dan pendidikan khas .

Pegawai perubatan boleh membantu pendaftaran kanak-kanak terlibat dengan mengisi borang-borang yang tertentu Kanak-kanak yang didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat berhak mendapat bantuan perubatan dan kemudahan-kemudahan kesihatan yang lain dari kerajaan.

Ahlan Wasahlan...

Apa khabar sume??? Bertemu kita kali ni di arena blogger plak.. So, okey tak blog Ain?? Berilah komen2 yang membina Insya Allah Ain akan upgrade lagi jadi lebih menarik dan ilmiah.