CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 30, 2009

Laman ilmu pendidikan

BEBERAPA BIDANG PENYELIDIKAN DI SEKOLAH RENDAH TUMPUAN KEPADA PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU

Adakah benar pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Malaysia terlalu berpusatkan guru? Iaitu, guru yang bercakap sepanjang sesuatu pelajaran. Dalam masa 35 minit, guru mungkin bercakap selama 25 minit menerangkan sesuatu dan baki 10 minit murid membuat latihan. Adakah ini benar bagi semua mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah rendah?
Ramai guru telah didedahkan kepada pelabagi kaedah mengajar yang berpusatkan murid, tetapi masih menggunakan kaedah mengajar yang berpusatkan guru. Kaedah mengajar berpusatkan murid, meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk:
  • menggalakan murid menjadi aktif dan tidak pasif
  • meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
  • menambahkan keyakinan diri
  • memberi murid peluang membuat penyampain dan bercakap
  • menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat
  • menggalakkan murid membina ilmu
  • mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid

Beberapa Kaedah dan Teknik Mengajar

  • Sejauh manakah semua kaedah dan teknik mengajar ini diamalkan di sekolah anda?
  • Sejauh manakah anda telah menggunakan semua kaedah dan teknik ini di dalam pengajaran mata pelajaran anda?



KINI ANDA BERPELUANG MENENTUKAN KEBERKESANAN KAEDAH DAN TEKNIK INI DI DALAM PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN MAJOR ANDA DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH.


MENGENAL PASTI MASALAH YANG HENDAK DI KAJI DI SEKOLAH RENDAH: Satu Cadangan


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH PILIH SATU TOPIK REKA CIPTA KAEDAH MENGAJAR YANG BERPUSATKAN MURID RANCANG DENGAN TERPERINCI BAGAIMANA TOPIK BERKENAAN AKAN DIAJAR DENGAN KAEDAH YANG DI REKA CIPTA BINA UJIAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN TOPIK BERKENAAN YANG AKAN DI AJAR DENGAN KAEDAH YANG DI REKA CIPTA MEMUTUSKAN SAMA ADA KAEDAH MENGAJAR YANG DI REKA CIPTA BERKESAN


Berikut ini ialah salah satu cara mengenal pasti masalah yang hendak dikaji di kalangan murid sekolah rendah dalam apa jua mata pelajaran pun.

1) Kaji dengan teliti Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran pilihan anda. Huraian berkenaan akan meliputi Tahun 1 hingga 6 atau peringkat Prasekolah

  • Perhatikan fakta, konsep, prinsip dan kemahiran yang patut diajar
  • Perhatikan hasil pembelajaran yang cadangkan
  • Perhatikan kaedah atau teknik mengajar yang dicadangakan. Memutuskan sama ada anda akan menggunakan kaedah atau teknik yang dicadangkan

2) Pilih satu topik atau unit yang menjadi minat anda. Dicadangkan anda bertumpu kepada satu tahun sahaja atau prasekolah sahaja. Contohnya, pendidikan moral Tahun 3, Bahasa Tamil Tahun 4, pendidikan seni visual Tahun 2, Bahasa Melayu prasekolah dan seterusnya.

3) Reka cipta kaedah atau teknik mengajar untuk topik atau unit yang anda telah pilih daripada Huraian Sukatan Pelajaran.

  • Pastikan kaedah atau teknik berkenaan berpusatkan murid
  • Kaedah atau teknik berkenaan bertujuan menghasilkan pembelajaran tertentu (Rujuk).
  • Kaedah atau teknik boleh terdiri daripada beberapa ciri kaedah atau teknik lain. Contohnya; penerangan dan perbincangan dalam kumpulan kecil dengan alat bantuan mengajar.

4) Rancang dengan terperinci bagaimana isi kandungan topik yang dipilih akan diajar dengan kaedah atau teknik yang dicipta.

  • Tulis rancangan pelajaran yang menerangkan rawatan yang akan dikendalikan
  • Tindak tanduk guru dan murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran
  • Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan

5) Bina ujian untuk mengukur hasil pembelajaran yang diingini dengan kaedah atau teknik yang di reka cipta. Contohnya; ujian mengukur pencapaian dalam topik "Klasifikasi Tumbuhan" dan pemikiran aras tinggi.

6) Reka bentuk kaedah penyelidikan untuk menentukan sama ada kaedah atau teknik mengajar berkesan. Contohnya; Kaedah Eksperiman adalah yang paling sesuai.

BEBERAPA BIDANG PENYELIDIKAN DI SEKOLAH RENDAH
BIDANG BAHASA (Melayu, Cina, Tamil, Arab)

Berikut ini ialah beberapa cadangan untuk penyelidikan dalam bidang Bahasa:

  • menggunakan perbincangan kumpulan kecil dan kesannya terhadap membuat karangan
  • penggunaan alat bantuan mengajar untuk memperkukuhkan kosa kata
    - 'flash cards" = perkataan, gambar, rajah
    - pita audio, pita video
  • perbandingan teknik mengajar kanak-kanak prasekolah dan Tahun 1 menguasai bahasa seperti teknik fonik, teknik perkataan
  • penggunaan surat khabar dalam pengajaran kefahaman bacaan


BIDANG PENDIDIKAN JASMANI
Berikut ini ialah beberapa cadangan untuk penyelidikan dalam bidang Pendidikan Jasmani:

  • mengukur daya tahanan murid sekolah rendah menggunakan Ujian Daya Tahanan, Kementerian Pelajaran Malaysia
  • penyelidik mencipta sendiri sesuatu teknik melatih murid bermain bola, bermain badminton, bermain sepak takraw, bermain bola jaring dan sebagainya. Teknik yang dicipta oleh penyelidik diuji tentang keberkesanannya.


BIDANG PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PENDIDIKAN SAINS

Berikut ini ialah beberapa cadangan untuk penyelidikan dalam bidang Pendidikan Kesihatan:

  • mengukur pengetahuan murid tentang kesihatan mereka
  • menggunakan sesuatu kaedah mengajar (seperti perbincangan kumpulan kecil, sumbangsaran) dan menguji keberkesanannya dalam meningkatkan pengetahuan tentang pendidikan kesihatan
  • membanding keberkesanan kaedah inkuri-penemuan dalam pengajaran mata pelajaran sains

    BEBERAPA BIDANG PENYELIDIKAN DI SEKOLAH RENDAH
    BIDANG PENDIDIKAN ISLAM, KAJIAN SOSIAL & PENDIDIKAN MORAL

    Berikut ini ialah beberapa cadangan untuk penyelidikan dalam bidang Bahasa:
  • keberkesanan penggunaan surat khabar dalam pengajara kajian sosial dan pendidikan moral
  • keberkesanan penggunaan pelbagai kaedah mengajar dalam mengajar pendidikan Islam, pendididikan moral dan kajian sosial.
  • keberkesanan sesuatu jenis alat bantuan mengajar
  • penyoalan dalam bilik darjah
  • kesan peneguhan dalam mempertingkatkan pembelajaran

    BIDANG PENDIDIKAN MUZIK
    Berikut ini ialah beberapa cadangan untuk penyelidikan dalam bidang Pendidikan Muzik:
  • mengukur kebolehan muzik murid sekolah rendah dan membuat perbandingan menurut jantina, umur dan sebagainya. Adakah mereka mencapai tahap yang dikehendaki?
  • keberkesanan sesuatu kaedah mengajar muzik (contoh: Kodaly)
  • keberkesanan kaedah mengajar muzik yang direka cipta oleh penyelidik (mengajar perkusi, rekoder)


BIDANG PENDIDIKAN KHAS
Berikut ini ialah beberapa cadangan untuk penyelidikan dalam bidang Pendidikan Khas:
membanding keberkesanan beberapa teknik mengajar Braille kepada murid bermasalah penglihatan

  • reka cipta sesuatu teknik mengajar murid bermasalah pembelajaran membaca atau bermasalah pendengaran berkomunikasi
  • temu bual beberapa murid bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran tentang masalah yang dihadapai dan bagaimana mereka mengatasai masalah yang dihadapi

0 comments: